{gambar} Ainul Mardhiah

This picture taken at e@curve damansara..
Jalan-jalan di hari minggu.. Bila dah bosan duduk terperap dalam rumah.. hehe..

Ainul is flower's lover..

Anda Telah Meraih Hadiah Percuma RM19,000 Dari Shell Helix

Baru tadi aku dapat SMS sampah ni:

RM0. Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih Hadiah Percuma "RM 19,000.00" dari SHELL HELIX No Reg(552299) Sila Call di Talian 0128339967

From +60145562718

Banyak dah jadi mende ni.. try klik ni klu x caye TERTIPU...

Hampeh betul, tak habis-habis nak tipu orang! Rasanya aku tak pernah isi apa-apa borang peraduan SHELL... haha.. lawak.. tetibe je dapat sms menang 19k.. nonsense!

Benda macam ni cuma dibuat oleh scammer sahaja. Tak adanya SHELL nak bagi SMS kalau menang apa-apa peraduan..  dulu scammer ni ada guna PETRONAS.. dulu-dulu lagi dia ada guna nama CELCOM, semua aku ada pernah dapat SMSnya..

Scammer ni pandai ambil kesempatan. Diorang tengok perkara/peraduan apa yang tengah hot. Lepas tu dia masuk daunlah. Kalau Akedemi Fantasia tengah hot, nanti dia sebarkan SMS jual nama peraduan AF, kalau Petronas ada buat peraduan, scammer ni pun guna nama Petronas.. nak dijadikan cerita pulak si mamat ni kebetulan ada masuk peraduan Petronas.. lagilah senang kena belit.

Jadi kalau ada sapa yang dapat SMS yang serupa seperti di atas tu, abaikan ajerlah. Takyah cuba-cuba plak nak try. Diorang ni pandai putar belit. Kalau korang nak cuba belit diorang konon-kononnya nak terjah.. takut-takut korang jer yang kena belit.. hehehe

Abaikan ajer.. delete terus. Lepas tu pesan-pesanlah kat adik beradik dan kawan-kawan pasal scam cara SMS ni.
Nota Kaki:
1. Kalau korang menang peraduan, pihak penganjur takkan guna SMS untuk bagitahu. Biasa diorang call terus lepas tu hantar surat.
2. Penganjur TAKKAN sekali-kali mintak nombor akaun bank. Kalau korang dapat call mintak nombor akaun bank... tolong SANGKA JAHAT kat pemanggil tersebut.
3. Tak ada nya SHELL hantar sms pakai no telefon biasa. haha.. lawak la kalau ada sesiapa yang call balik nombor yang dia bagi tu..

hurm... tak elok menipu.. jangan tertipu


up