Wanita itu sangat unik

Assalamualaikum..
Percaya atau tidak..
Wanita memang diciptakan sangat unik..


betul kan??
wanita memang mcm ni..
memang tanggungjawab wanita, ialah untuk senyum sepanjang hari..
lebih-lebih lagi bagi yang sudah bergelar isteri / kekasih / girlfriend / aweks..
perlu senyum dan ceria bila berhadapan dengan si suami / kekasih tercinta..

bila di balik suami / kekasih,
hati merintih, terkilan bila dapat tahu si kekasih ade teman wanita lain..
maklum saja lah, lelaki memang tak boleh tahan bila nampak perempuan cantik dan bergaya..
lagi-lagi dalam facebook, mesti gatal je tangan tu nak klik tengok gambar perempuan posing-posing..
tak sabar nak add perempuan cantik-cantik jadi kawan..
nak tahu perkembangan kawan-kawan wanita yang cantik2,..
begitu juga di twitter, BBM, dll...
sedangkan si lelaki telah mempunyai seorang wanita yang amat disayangi dan dicintai...

pernah tak ada tercalit rasa bersalah dalam naluri hati seorang lelaki pabila berbuat demikian??

mungkin ada yang kata, wanita mudah cemburu buta..
memang wanita penuh dgn rasa cemburu..
lebih2 lagi bila lelaki yang disayangi berkawan dengan perempuan yang tidak diketahui hujung pangkalnya..
bukan rakan sekolah / universiti / kerja / bisness..
saja-saja nak berkawan..
perlu ke??? 

kepada para lelaki, sayangilah wanita yang setia pada anda..
jangan sampai rasa sayang dalam hati wanita itu terhakis sedikit demi sedikit..
disebabkan oleh sikapmu itu..
yang akhirnya membawa kepada perpisahan..

Nauzubillah..

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita agar tidak berpecah belah.. aminn=)

Kemaskini Akaun SPA anda

Assalamualaikum, sahabat-sahabat sekalin..

Harini saya nak update sedikit tentang SPA..
atau lebih dikenali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam..
sesiapa yang dah tamat belajar, yang nak cari kerja, biasanya akan mengisi borang online spa8i..
apabila terdapat kekosongan jawatan, dan anda layak dengan jawatan tersebut, insyaAllah anda akan dipanggil temuduga..

klik gambar di bawah untuk terus ke halaman SPA=) 

bagaimana untuk mengisi borang SPA???
okok, meh saya terangkan.. 
Langkah kedua, pilih mana-mana server yang boleh bukak.. 
Langkah ketiga, daftar akaun SPA (bagi yang belum ada), kalau dah ada, terus log in la=)
Langkah keempat, isi semua data-data yang diperlukan, termasuk jawatan yang ingin dipohon..
Tapi, AWAS!! pastikan jawatan yang dipohon sesuai dengan kelayakan anda=)
lihat gambar di atas.. saya tidak layak untuk memohon penolong pegawai, walaupun saya ada diploma dalam bidang tersebut..kenapa tidak layak?? sebab saya ada degree.. huhu..
so, kene lah apply pegawai..

Masuk tahun ni (2012), dah 3 tahun bidang perancang bandar dan desa ni tiada pengambilan temuduga spa..
harap-harap tahun depan ade lah ye=)

so, sesiapa yang bercita-cita nak kerja dalam sektor awam, sila kemaskini maklumat spa anda=)
buat pelanjutan masa=)

ok lah..
sekian, assalamualaikum=)





up