Power Pumping

POWER PUMPING

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedah Power Pumping

1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

2. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

4. Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat suna tterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih 

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih banyak susu.

- Pam setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself, apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik 

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain 

SETIAP ANAK YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA KITA ADA REZEKINYA MASING²…. TIADA ISTILAH TIDAK CUKUP SUSU UNTUK MENYUSUKAN ANAK..YG PENTING YAKIN DAN SENTIASA BERSYUKUR DENGAN REZEKINYA..

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri 
Maaf zahir batin


Baju raya anak

Assalamualaikum... 
Hai.. Macamana persiapan raya korang??? Mesti dah banyak kan?? Kira kira tinggal 2/3 hari je lagi nak menyambut syawal.. Alhamdulillah.. 

Hasil pengumpulan dari awal ramadhan.. Baju raya untuk anak anak la yang paling banyak.. Exited.. Hihi.. Baju untuk anak-anak la paling banyak.. Dari baju peplum, kurung n tshirt.. 
Y warna turqoise tu baju peplum.. Kain dia pink.. Memang cantik bila ainul yang pakai.. Baju budak kecik lagi mahal dari baju orang dewasa.. 2 helai baju dekat rm 200.. Aiyoo.. Xpela, janji puas hari.. Alhamdulillah

Yang ini pulak warna kelabu.. Kain cantik.. Ni baju raya kami untuk 1st day raya.. Sedondon ibu ayah n ainul..

Bawah-bawah ni pulak tshirt ainul n amar.. Aku shopping dekat baby manjaku sri gombak.. Tengah sale ni la nk grab baju murah-murah.. Hihi
Total shopping kat baby manjaku cuma rm120 je, termasuk toileteries n minyak telon.. Murah kan?? Sbb tu aku shopping baju budak-budak kat baby manjaku bila ada sale.. Harga mmg terbaik.. 

Haaa, ni baru baju anak-anak.. Blom baju mak ayah dia lagi... Haha.. Alhamdulillah.. Rezeki raya tahun ni.. Dah dua anak aku.. Hihi.. 

Ya allah, murahkanlah rezekiku dan rezeki suamiku ya allah.. Murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku, adik-adikku dan anak-anakku ya allah.. Semoga iman kami juga bertambah kuat.. Amin ya rabb

Sekian, wassalam

3 layer tea

Assalamualaikum

Hai.. Korang buka puasa apa harini??? Harini aku masak spaghetti bolognese dan three layer tea.. Senang dan seeedaaaapppppp wa cakap luuuu... Nyummm :)

Spaghetti tu aku bli kuah y dah siap je.. Dalam tin.. Tinggal panaskan.. Disebabkan xsempat nak alter kuah dia, aku just panaskan aje.. Cuma tambah meatball.. Aku beli meatball bakso yang besar2 tu.. :) xsempat nak snap pic spaghetti.. Sempat amik gambar air 3 layer tea ni aje.. 

Haaa.. Menggoda x?? Hihi.. 

Senang je buatnye..

Bahan-bahannya ialah

Air gula merah (aku cairkan gula kabung yang bulat keras tuu, ditambah sedikit air dan gula pasir 4 sudu).. Then sejukkan..

Air rendaman teh (aku guna teh lipton sebab itu je yang ada.. Kalau ada teh masjid yang timbang tu mesti lagi kaw punya lah)

Susu cair

Ais

Cara membuatnya:

Letakkan air gula merah 1/3 cawan
Letakkan ais sehingga memenuhi gelas.. Lagi banyak lagi sedap..
Masukkan susu cair (hati-hati ketika masukkan susu cair ni.. Kene perlahan-lahan dan perlu melalui tepi cawan supaya susu tak bercampur dengan gula merah)
Letakkan air rendaman teh

Dah siaaapppppp.... 
Senang dan menarik kan?? 
Boleh la cuba ye.. Hihi

Waktu nak minum, tiup gula merah guna straw (hubby aku ajar).. Haha.. 

Sekian, wassalam




up