Cara Menambahkan Susu Ibu

Assalamualaikum

Di sini sy nk kongsikan beberapa petua dan cara untuk menambahkan susu ibu:

1.HALBA @ FENUGREEK
Basuh sesudu halba dan rendam dalam air panas (bukan menggegak yea),tutup bekas rendaman,biarkan selama sejam.Selepas sejam ,anda akan dapati airnya bertukar kekuningan. Tuangkan air rendaman tadi ke dalam mug yang lain n minum begitu sahaja atau campurkan dengan air kegemaran anda. baki halba tadi boleh dikitar semula dengan menambahkan air panas ke dalam bekas halba tadi.Halba tadi boleh digunakan sehingga air rendaman tidak lagi kelihatan kuning.Minum 3 kali sehari inshaAllah dengan izinNya..anda akan merasa bengkak susu (susu banyakla tu).

halba

2. LOBAK PUTIH
Since dalam pantang tak banyak sayur yang boleh dimakan,ibu-ibu bolehla mencuba sayur2 yang boleh menambahkan susu badan antaranya seperti LOBAK PUTIH. Biasanya lobak putih saya akan buat sup sayur .Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi,masukkan isi ayam, masak hingga mendidih kemudia masukkan lobak putih.Makan dengan ikan panggang + nasi putih panas2..memang menyelerakan walaupon dalam tempoh berpantang.
sup lobak putih

3. KURMA

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu. Ibu menyusu sila amalkan makan kurma hari2 yea..untuk lebih best..boleh buat KURMA MILKSHAKE.Caranya:
Rendamkan 7 biji kurma + 21 biji kismis + 3 biji badam ke dalam air susu.Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya,blend semua bahan tadi guna blender biasa2 tu then tambah air satu mug after blend.Kalau rasa tawar bleh tambahkan bilangan kurma n blend lagi..memang pergghhh sedap. :-) 
psst: nak best lagi guna ESP shaklee n milkshake..wallah..very perrghhh I tell you!!!
SELAMAT MENCUBA

kurma shake
   
Sekian, selamat mencuba!!

Minyak Naik DOPOSEN/liter

Assalamualaikum..

Kalau betu lah harga minyak ni naik demi kepentingan rakyat.. 
macam yang PM cakap kat berita.. 
fine, aku terima seadanya.. 
siapa lah aku??

tapi, kalau untuk kepentingan kroni.. 
TIDAK!! aku tak akan halalkan setiap sen..
..................................................................................................................
belajar setinggi awan..
belajar menanggung hutang 1%/3% kos perkhidmatan.. 
siapa suruh ambik ptptn??
kau pikir mak bapak aku pak menteri??
aku nak belajar.. nak ubah nasib keluarga.. kononnya..
walau dapat result kelas kedua atas, mak bapak still support kalau aku kekurangan..
macammanelah?
aku cuma dapat sumbangkan rm10-50/month ke tabung haji mereka..
tengok keadaan..

bank in gaji 28hb..
settlekan hutang..
ptptn, kereta, rumah, nursery, bil-bil, belanja dapur..
rumah aku tak pasang astro..
30hb, duit dah hampir habis..
cukuplah untuk minyak ulang alik dari pejabat ke rumah..

Nasib baik bil air aku tak payah bayar.. paling banyak pun, rm0.60sen saja..
Terima Kasih Kerajaan Negeri Selangor 

Ya Allah
Murahkanlah rezekiku..
.............................................................

Nabi Muhammad SAW pernah mengikat perut dengan batu sebab nak tahan lapar sehingga dikasihani para sahabat. Baginda berbuat demikin supaya rakyat lain tidak kelaparan. Wahai pemimpin, contohilah kepimpinan Nabi.. Menjadi pemimpin bukan bermakna dialah yang pertama senang, tetapi dialah yang terakhir senang. Itulah tanggungjawab pemimpin yang sebenar.

Sembang orang berduit tak akan sama dengan sembang orang yang tak ade simpanan..
Sembang orang yang tak ade simpanan, tak akan sama dengan orang yang kerja kuat tapi belanja harian terkais-kais..
dan, tak akan sama juga dengan sembang orang yang ada harinya terpaksa menyabarkan anak isteri supaya bertahan lapar..

Apa yang menjadi kemarahan rakyat ialah
Duit hasil titik peluh kami untuk dibelanjakan untuk diri sendiri dan keluarga diambil orang, dan orang itu menganggap kami tidak bersyukur..




up