Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Jom mandi sesame

Assalamualaikum..
Hai semua.. Dah mandi ke belum???
Jom join saya mandi.. Hehehe

Kawan baik

Assalamualaikum..

Haaa.. Nila kawan baik aku sejak kt utmkl lagi.. Roommate.. Coursemate.. Dan skg ni ktrg buat projek y sama.. Hehe.. Gambar kat bwh ni amik masa meeting.. 

2 jam perjalanan untuk sampai ke sekolah

Assalamualaikum

Harini nak citer sikit tentang sekolah.. Dalam perancangan, ada satu garispanduan yang digunakan dalam memandu bagaimana lokasi perletakan sekolah ditentukan.. Lihat gambar di bawah:
Sumber : Garispanduan perancangan kemudahan masyarakat, 2012
Tetapi, masih ada masalah seperti keratan akhbar metro ini..
Pukul 4pagi dah kene kluar pi sekolah.. Sekolah yang jaraknya 8kilometer.. 2 jam perjalanan nak sampai ke sekolah.. kalau naik kereta, 2 jam dari Kuala Lumpur boleh sampai ke Melaka.. lalu highway.. hihi.. 

Mungkin disebabkan kawasan tempat tinggal mereka yang jauh di pedalaman? 

Mesti ada jalan penyelesaian untuk masalah mereka ni. Antara yang boleh dicadangkan ialah;
1. Bina asrama.. Asrama khas untuk pelajar yang duduk jauh.. Memakan masa 1jam lebih untuk kesekolah.. Hari jumaat, lepas habis sesi persekolahan, bolehla balik rumah.. Sekurang2nya mereka ada masa untuk berehat dan mengulangkaji..
2. Bina sekolah berhampiran.. Ini memerlukan kos yang agak tinggi..

Setakat ni, saya ada 2 idea saja.. :) mungkin anda ada cadangan lain? Sangat dialu-alukan.

Terima Kasih

Cara Menambahkan Susu Ibu

Assalamualaikum

Di sini sy nk kongsikan beberapa petua dan cara untuk menambahkan susu ibu:

1.HALBA @ FENUGREEK
Basuh sesudu halba dan rendam dalam air panas (bukan menggegak yea),tutup bekas rendaman,biarkan selama sejam.Selepas sejam ,anda akan dapati airnya bertukar kekuningan. Tuangkan air rendaman tadi ke dalam mug yang lain n minum begitu sahaja atau campurkan dengan air kegemaran anda. baki halba tadi boleh dikitar semula dengan menambahkan air panas ke dalam bekas halba tadi.Halba tadi boleh digunakan sehingga air rendaman tidak lagi kelihatan kuning.Minum 3 kali sehari inshaAllah dengan izinNya..anda akan merasa bengkak susu (susu banyakla tu).

halba

2. LOBAK PUTIH
Since dalam pantang tak banyak sayur yang boleh dimakan,ibu-ibu bolehla mencuba sayur2 yang boleh menambahkan susu badan antaranya seperti LOBAK PUTIH. Biasanya lobak putih saya akan buat sup sayur .Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi,masukkan isi ayam, masak hingga mendidih kemudia masukkan lobak putih.Makan dengan ikan panggang + nasi putih panas2..memang menyelerakan walaupon dalam tempoh berpantang.
sup lobak putih

3. KURMA

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu. Ibu menyusu sila amalkan makan kurma hari2 yea..untuk lebih best..boleh buat KURMA MILKSHAKE.Caranya:
Rendamkan 7 biji kurma + 21 biji kismis + 3 biji badam ke dalam air susu.Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya,blend semua bahan tadi guna blender biasa2 tu then tambah air satu mug after blend.Kalau rasa tawar bleh tambahkan bilangan kurma n blend lagi..memang pergghhh sedap. :-) 
psst: nak best lagi guna ESP shaklee n milkshake..wallah..very perrghhh I tell you!!!
SELAMAT MENCUBA

kurma shake
   
Sekian, selamat mencuba!!

up