Cara Membatalkan Polisi Insurans AIA

Assalamualaikum..

Harini saya cek akaun bank..
Walaupun kawan saya baru bank in duit pembayaran kad kahwinnya,
namun, akaun masih menunjukkan saya masih perlu berusaha lebih keras lagi.. hehe..

Apabila saya cek melalui maybank 2u..
ada dua transaksi yang tidak diingini..
lepas tu barulah teringat saya ada mengambil polisi insurans dari AIA..
bukan satu polisi.. tapi DUA!!...

Arghhh.. suami saya dah ingatkan saya banyak kali..
kalau ada orang nak jual insurans, cakap je 
'TAK NAK!!'.. susah sangat ke?

Yes, bagi saya sangat sukar, untuk menyatakan TIDAK..
Tapi, melalui pengalaman saya belajar..
hurmm, 
mereka yang menjual polisi insurans ini akan keep calling sampai kita kata 
YA @ TIDAK 
untuk menerima polisi mereka..
selagi saya kata
"on meeting"
"on driving"
selagi tu lah mereka akan keep calling..
pagi, petang, malam..
haishh..

Lastly, saya mengambil keputusan untuk membatalkan kedua2 polisi AIA ini
sebab saya dah ada medical card yang terbaik di Asia..
rasanya tak perlu lah membazirkan duit untuk polisi yang lain..

Cara Membatalkan Polisi Insurans AIA:

 1) Call hotline AIA : 1 300 88 1899 (konvensional) / 1 300 88 6670 (AIA Takaful)
(bila dia suruh pilih polisi mana, tekan je mana2 polisi, cakap dengan officer dia)

2) Tanya polisi apa yang kita ambil
(dia akan minta nombor IC untuk semakan rekod)

3) Mintak officer dia cek kan nombor polisi kita.. dan bagitahu yang kita nak batalkan polisi tersebut.
(dia akan suruh kita buat surat, dan faks / pos kan kepada pihak mereka)

4) Buat lah seperti yang diarahkan.. dan tunggu bulan depan.. tengok dia potong lagi ke tak..

Policyowner Services Dept,
Level 8,
Menara AIA,
99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.


Sekarang ni, saya baru sampai step untuk cancel kan 1 polisi konvensional.. 

Sekian, Wassalam..


1 chit chat:

ASYRAF IZZAT said...

KELEBIHAN AIA PUBLIC TAKAFUL
+Limit tahunan yg tinggi sehingga 1 Million.
+Medical Card boleh swipe
+Boleh dpt diskaun Air Asia 50% taw! ruginya terminate.
Banyak lagi sebenarnya nk tau lg?saya ada kat sini 0137720410


up