Hai

Assalamualaikum...
Haiiiii.. 
Harini aku try belit pashmina ikut tutorial yang hubby aku download.. Hihi.. Syok la.. Banyak jenis belitan yang aku blaja.. Yang paling senang sekali....... Sila tengok gambar keh..
Sila abaikan muka model yang tak berapa nak comel ni ye.. Aku nak tunjuk belitan pashmina ni je.. Senang sangat..

Nanti aku buat tutorial ye.. Hihi.. Tu pun kalau ada permintaan.. Kalau tak de, suka hati aku la nak upload ke tak kan.. Hihi.. Ok lah.. Dah malam ni.. Zzzzzz

Sekian.. Wassalam

1st day kerja

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Syukur sangat sebab dapat menempuhi hari ni dengan jayanya.. Hehe.. Harini merupakan hari pertama aku bekerja setelah 2 bulan bercuti.. 

Pengalaman meninggalkan dua orang anak sangat menyedihkan.. Nasib baik yang mengasuh merupakan mak cik aku sendiri.. Adik kepada mak aku.. Dia berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang nursery.. 

Semangat punya pasal nak kerja... Ko tau aku bangun pukul brape? Pukul 3.15am dah bangun.. Alang2 dah terjaga, terus masak untuk makan sahur..  Siapkan barang-barang ainul dan amar untuk dibawa ke rumah mak cik..

Ainul pula baru baik dari cirit birit dan muntah-muntah.. Badannya masih lesu.. Asyik nak aku dukung aje.. Kalau aku boleh, memang aku dah dukung dah.. Nasib baik mak cik aku pandai ambil hati ainul.. Sekejap aje tangisnya.. 

Sampai saja di pejabat, ada mak cik cleaner tegur aku "wah...masih cantik lagi".. Cashier baiduri tu pun kata kat aku, "ni pakai bengkung berapa meter la ni?".. Hehe.. Aku pakai 2 jenis bengkung.. Satu, bengkung moden.. Bengkung moden ni aku beli jenama orang kampung.. Ia bersekali dengan jamu-jamuan.. Tapi, bengkungnya pendek.. Aku pakai waktu nak pergi klinik hantar amar cek kuning.. Bengkung yang kedua pulak, merupakan home made bengkung.. 12meter panjang.. Actually, kedua-dua bengkung ni aku dah guna sejak bersalinkan Ainul lagi.. 

Hasil tuaian perahan breast milk hari pertama kerja.. Haa kau, 7oz.. Aku pam pukul 10.40am.. Lagi satu, aku pam pukul 4.00pm.. 5oz.. Gambar yang petang aku tak ambik pun.. Kejar masa nak jumpa bos.. Hehe.. Pagi sebelum hantar dorang pi rumah mak cik aku, aku dah bagi direct breastfeeding kat amar.. Amar memang kuat menyusu.. Aku harap sangat dapat bertahan sampai umur dia 2 tahun.. Aminn..


Petua yang aku guna untuk mendapatkan hasil perahan susu yang agak banyak ialah;

1) waktu sahur makan nasi, sayur hijau dan minum horlicks
2) berzikir semasa perah "ya matin ya matin ya matin" sebanyak mungkin
3) fikirkan kegembiraan anak kita ketika dia dapat menyusu dengan kenyang

Setakat ni, inilah yang aku amalkan.. Alhamdulillah

Sekian

Buaya tembaga dijumpai di Kuala Selangor

Assalamualaikum

Semalam heboh kisah buaya tembaga telah dijumpai di Kg Bukit Belimbing Kuala Selangor.. Aku berasal dari kampung berhampiran, jadi aku tahu serba sedikit mengenai kisah-kisah buaya tersebut melalui cerita yang abah pernah kisahkan..

Untuk pengetahuan, kg bukit belimbing ni merupakan satu tempat yang terkenal dengan keindahan bakau dan telah diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan kelip-kelip.. Korang pernah dengar pasal kelip-kelip Kg Kuantan?? Haa.. Sebenarnya kelip-kelip Kg Kuantan dan Kg Bukit Belimbing ni berada di sungai yang sama iaitu Sungai Selangor.. Korang pernah pergi tak??

Hehe.. Bagi yang dah tahu kisah buaya tembaga ni ada kat situ, mesti dah tak nak pergi kan?? Aku pun dah tahu lama kisah buaya ni, tapi, buat tak tau jeee waktu naik sampan tengok kelip-kelip haritu kan.. Dah la duduk depan sekali.. Cuma aku ingat pesan abah, "kalau naik sampan tengok kelip-kelip, jangan sekali-kali seru nama buaya.. Nnt muncul lah dia".. Jadi, aku hanya bersyahadah dalam hati sepanjang menyelusuri Sungai Selangor Kg Bukit Belimbing...alhamdulillah aku selamat.. abah juga pernah bawa kami adil beradik dan mak beriadah di kawasan kelip-kelip kg kuantan (duduk kat jeti je, tak naik sampan pun).. Dan abah bercerita.. Sewaktu dia sedang bertugas dalam kerja-kerja mencari mangsa lemas, dia kene turun dalam sungai tersebut.. Ops, lupa nak bagitau.. Abah aku ni bomba berpangkat bomba kanan.. So, tugas dia bawa kenderaan bomba dan memastikan kelengkapan cukup dan selamat.. Namun, keadaan terdesak menyebabkan dia terpaksa turun padang membantu rakan seperjuangan.. Selepas menunaikan solat hajat 2 rakaat, abah pun terjun ke dalam sungai tersebut.. Dia mendapati banyak anak buaya sedang berenang-renang.. Abah kata "banyak macam anak ikan"...

 Untuk pengetahuan lagi, kawasan ni sangat terkenal di kalangan kaki-kaki pancing.. Memang besar-besar ikan kat sini.. Setakat yang aku tahu, buaya kat sini tak pernah lagi makan manusia.. Sebab penduduk sini bagi mereka makan ayam dan lembu.. Ni yang aku dengar cerita laa.. Tak tahu sejauhmana kesahihannya.. 

Besar giler kan buaya ni?? Dianggarkan panjangnya 7meter plus minus.. Beratnya pula ialah 1000kg... Wowww.. Kulit dia tu sangat berharga tau.. Boleh buat aku jadi kaya raya.. Haha.. Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab kulit dia tu boleh buat sekurang-kurangnya 300++ pasang kasut... Wowow.. Macam jumpa harta karun kan.. 

Tamatlah riwayat sang buaya tembaga.. Innalillahiwainnailaihiraaajiuunn.. Jika ada si bapak buaya, maka ada juga lah anak buaya.. Pandai-pandai lah translate sendiri maksud aku ni ye..

Haa.. Ni dia bukti buaya tembaga memang betul-betul dijumpai di Kuala Selangor.. 

Sekian, terima kasih

Tempahan baju silkscreen

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Dari hari ke hari, semakin sihat.. Jadi, rutin harian kembali seperti sediakala.. Busines akan diteruskan demi mencari bersuap-suap nasi..hehe..

Kepada yang belum tahu apa yang aku sedang jalankan, meh cheq habaq mai..

Aku dan suami mengambil tempahan cetakan baju silkscreen untuk baju kenduri, baju kelas, baju sukan, baju family day dll.. 

Jika anda sedang mencari-cari tempat untuk tempahan baju, bolehlah hubungi kami.. Call / msg / wassap 0191252583(hafiz) 

Msg kami untuk dapatkan katalog baju... :) sila kunjungi blog kami untuk maklumat lanjut www.saljucreatives.com

Sekian, terima kasih

Ainul Mardhiah Hafiszee 2 Tahun

Assalamualaikum

21 Julai 2013 (semalam), genaplah usia Ainul 2 tahun.. Alhamdulillah ya rabb.. Kerna mengurniakan aku anak yang sihat, pintar, baik, rajin dan comel.. 

Semoga Ainul jadi insan yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.. Aminnn


Sekian, wassalam

Bu, Ainul minta Maaf

Assalamualaikum

Ainul: Buuuu, maaf.. Sambil hulurkan tangan.. Bila aku hulurkan tangan, dia mencium tangan aku tanda mohon maaf.. 
Ibu: sayang, ibu dah lama maafkan.. Jangan risau ye.. Sambil memeluk erat ainul dan mengucup dahinya..

Berulang-ulang kali dia meminta maaf.. Kadangkala terjaga malam pun, dia merengek minta maaf..

*hati ibu mana yang tidak tersentuh jika anaknya meminta maaf.. Lagi- lagi anak yang masih kecil"

Ainul yang baru berumur 2 tahun.. Baru sahaja menyambut ulang tahun yang kedua.. Sudah  mengerti erti kemaafan.. 

Tapi, masuk harini dah 3 hari ainul demam panas.. Dah bawak jumpa doktor.. Dah makan ubat.. Namun, demamnya masih belum kebah.. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit Ainul Ya Allah.. Kebahkanlah demamnya Ya Allah..  Dia terlalu kecil untuk merasai demam yang panjang Ya Allah.. Aku sanggup untuk menerima dan menanggung sakit dan demam anak-anakku Ya Allah.. Asalkan mereka tetap sihat walafiat dan gembira Ya Allah.. 

Pkul 3.15 mlm tadi, ainul mengejutkan aku bangun dari tidur.. Nak susu katanya.. Aku pun bangun dan merasakan badan dia terlampau panas.. Lepas dia habiskan susu, aku memberinya makan ubat demam.. Merengek-rengek dia tak mahu makan ubat.. Tapi, aku pujuk dia dengan kasih sayang.. Alhamdulillah dia dapat menghabiskan ubat demam yang aku beri (2.5ml).. 

Lepas makan ubat, aku sapukan sapu tangan yang direndam ais di kepala dan tapak kaki dia..  Turun sikit suhu badannya, alhamdulillah.. Sambil tu, ainul layan upin ipin.. Itulah rancangan yang sangat digemarinya.. Ainul layan upin ipin, aku pun sibuk di dapur masak untuk makan sahur..  Usai aku masak sahur, ainul pun terlena.. 

Ainul, ibu mintak maaf ye.. 

Setelah aku selidik-selidik macamana ainul boleh demam.. Aku dapat satu penyebab yang kuat.. Bukan disebabkan main panas atau tersalah urat..

(Gambar ainul sewaktu baru pandai merangkak)

Pada suatu hari, aku ter marah dia dengan teruk dalam tempoh 2 tahun umurnya.. Sebelum ni aku tak pernah nak marah sampai macam tu skali.. Yang menyebabkan aku marah dia ialah:

Aku terbau minyak telon yang sangat kuat waktu terjaga dari lena kerana menidurkan amar muazzam.. Aku ternampak dia sedang cuba memasukkan botol minyak telon (yang baru aku beli hari sebelumnya, yang baru digunakan sekali) ke dalam bakul.. Berulang kali dah aku nasihatkan dia jangan main minyak ni, nanti kene mata pedih.. Jangan main, jangan... 

Aku dengan geram, pukul tangan dia dengan tangan aku sendiri sambil marah dia "ibu tak nak kawan dengan ainul".. Tiap kali dia datang kepadaku, aku marah dia "ibu tak nak kawan ainul.. Kan ibu dah kata jangan main minyak tu.. Kenapa main jugak?".. Pukul lagi tangan dia.. Dia menangis berlari ke arah maksu nya.. Maksu nya suruh dia mintak maaf kat ibu.. 

Tapi, tiap kali dia datang kat aku, aku akan menjeling dan buat muka marah.. Terus dia diam dan kalih pandangannya.. 

Bila hati dah tenang, suamiku pun dah belikan minyak telon baru, aku slow talk dengan ainul..  " kenapa ainul tumpahkan minyak dalam kotak?".. Dia jawab "Ainul nak buat kolam" kata dia... Aku terus tersenyum dan memeluk dia dan meminta maaf..  "Ainul, ibu minta maaf ye"... Sambil peluk erat badannya dan mengucup dahinya.. 

Ya Allah, kesalahan apa yang aku dah buat pada anakku ini Ya Allah? Aku merintih dalam hati..

Aku akan memulihkan semangatnya kembali.. Akan sayang dia sepenuh hati.. Ya Allah, kembalikanlah nikmat kesihatan buat Ainul.. Amin ya rabbal aalamin..


Ya, aku yang bersalah.. aku yang berdosa..

Ainul, ibu minta maaf ye.. Sayang ainul..

Hadiah dari cendawanies

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. 13Ramadhan harini..
Semalam Amar Muazzam dapat hadiah dari kawan-kawan aku.. Murah rezeki..

Cendawanies doakan Amar Muazzam jadi perdana menteri tuuu.. Aminnn ya rabb


Comel sangat hadiahnya.. Rajin betul dihias hias barang2 baby.. Hihi.. 

Terima kasihhh cendawanies 

Sekian, wassalam

Kek Pisang Chocolate Chips Kukus

Assalamualaikum

Alhamdulillah
masih dapat meneruskan puasa..
harini dah hari ke sepuluh..
Cepat jee masa berlalu.. 

Harini terlebih rajin sebab bangun awal.. hee..
Tengok ada pisang yang dah masak ranum.. hehe
Boleh la buat kek pisang..

Bahan-bahan ni aku dah olah mengikut apa yang ada dalam stok bahan-bahan kek mak aku.. hehe..

2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu kecil Baking Powder
Telur 5 Biji Gred B (Resipe asal menggunakan 4 biji telur gred A)
Gula Icing 1/2 Cawan (Resipe asal menggunakan Gula 3/4 Cawan, Tanpa Gula Perang)
Gula Perang 1/4 Cawan
Minyak Masak 3/4 Cawan
Pisang Lenyek 1 1/2 Cawan
Chocolate Chips (Ikut suka)
(Resipe Asal meletakkan 1 sudu kecil Ovalette)

 oppss, sila abaikan poster dr dzulkefly ahmad.. hehe..
atas meja makan mak aku ada macam-macam nasihat, doa, motivasi, poster.. haha

Cara-cara membuat kek pisang:
  • Ayak Tepung Gandum + Soda Bikarbonat + Baking Powder (Ketepikan dahulu)
  • Dalam bekas lain, Putar Telur sehingga kembang menggunakan mixer.. Tambah Gula.. Putar lagi.. Pastikan betul-betul kembang
  • Kemudian, campurkan pisang lenyek dan putar sehingga sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil putarkan mixer
  • Sapukan loyang dengan mentega, tuangkan separuh aduan ke dalam loyang.. taburkan chocolate chips.. tuangkan adunan selebihnya dan taburkan lagi chocolate chips.. 
  • Kukus kek dalam api sederhana besar dalam masa 40minit


psstt: kalau nak tau, rumah mak aku tak ada mixer, whisker pon tak ade.. korang nak tahu aku guna apa?? guna blender je.. haha.. 

hasil akhir..
Macam bahulu.. gebu sangat..
sorry sebab camera aku ni low standard.. hihi

nyummmm
nak makan, kene tunggu waktu berbuka..
hehe..
ni aku potong untuk ainul.. hihi..
berselera benaw dia makan kek pisang chocolate chips yang ibu dia buat..

oh ya, credit to resipe asal dia dari blog sinar kehidupan

Sekian, Selamat Mencuba!!!

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2013 / 1434H

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia. Berikut adalah Jadual Bayaran Zakat Fitrah 2013 Mengikut Neger di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.


Tak lama lagi Ramadhan akan mejelma lagi dan pastinya disaat ini ramai yang tertanya kadar zakat fitrah bagi tahun 2013 di seluruh negeri Malaysia. Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu. Dibawah terdapat kadar zakat fitrah 2013 bagi negeri seluruh Malaysia.


Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Yang Telah Di Sahkan

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor - RM7.00
Kadar Zakat Fitrah Kelantan - RM7.00
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan - RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis - RM6.00

Waktu Membayar Zakat Fitrah
  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu paling afdal: Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Zakat fitrah turut dipermudahkan dengan amil sendiri berada di merata kawasan awam khasnya seperti di masjid, surau, kilang, pasar malam atau pasar ramadhan di seluruh negeri termasuklah di kompleks membeli belah.

Sumber : sini

Luahan Hati Dayana

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Ketegangan Kaum Melayu vs India di Klang Utara, Selangor

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. harini dah 7 Ramadhan..
rasa sekejap saja masa berlalu..

Semalam gempar di facebook berita ketegangan kaum antara melayu dan india di klang utara..
Menurut sumber yang dipercayai,
Ia berpunca daripada kemalangan..
Si Melayu menaiki motosikal ingin pergi solat terawikh.. Kemudian dilanggar oleh Si India yang berkereta.. berlaku sedikit pergaduhan mulut.. Si India yang mabuk menetak Si Melayu..
Allahuakbar.. 
Inilah antara bahayanya arak yang telah termaktub dalam al-quran..
Kerajaan Malaysia sepatutnya dari dulu lagi perlu mengharamkan arak dan judi dari terus berada di Malaysia..
Nak dijadikan cerita, Si Melayu pula merupakan salah seorang bonzer..
ada kumpulan sendiri (tak pasti)..
apa lagi.. geng si Melayu pun naik berang dengan tindakan si India..
berkonvoi ke satu persatu rumah india yang terlibat..
dan menetak tangan dan kepala mereka..
sehingga ada yang mati..
Nauzubillahiminzalik..

Aku mengambil peduli kisah ini kerana ia berlaku berhampiran tempat tinggal aku..
Walaupun aku bukan tinggal di Klang..
Tapi, bahangnya sampai di kawasan kejiranan aku..
Haish..

Padahnya Dendam

Aku percaya, ia takkan terhenti di sini..
Pasti ia akan berlanjutan..

Wahai anak muda..
Jangan biarkan hati-hatimu disaluti dendam kesumat..
Bersihkan hatimu, wahai anak muda..
Taklukilah dunia dengan penuh kasih sayang..
Nescaya terdapat kecintaan dan keamanan..
Jika kamu takluki dengan kezaliman dan hasad..
Kehancuran menantimu..


"..kita akan perangi mereka habis-habisan dengan KASIH SAYANG.."

-imam hasan al banna-

........................

(rentetan peristiwa)

LELAKI MELAYU DICEDERAKAN OLEH LELAKI INDIA BERPUNCA DARIPADA KEMALANGAN JALAN RAYA

Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu
Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.

Susulan kejadian...

Salam YDH Dato' / Tuan / Puan;

Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.

Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13

Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.

2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama

Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.

Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.

2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)

Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.

Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan.

PT D7 SL
Perhatian.. Ini berita yg baru saya terima.... buat masa ini.. Di minta saudara2 semua berhati2 jika ke kawasan flet rebana.. Ini kerana kejadian pergaduhan antara melayu dn india.. Pd mlm td di katakn seorg lelaki india telah terbunuh dlm pergaduhan itu. Dn info yg saya br terima.. Mlm ini kaum.india dr kapar akan ulang semula pergaduhan mlm td di taman seri cempaka.. Hati2 dn sebarkn kepada saudara mara utk keselamatn.

Sumber: SINI

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Sempena Ramadhan ni, jom kita blogwalking..
hehe..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri cik fie

                        

Alahaaaiiiii Amar Muazzam :)

Assalamualaikum

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah
subhanallah.. subhanallah.. subhanallah
allahuakbar.. allahuakbar.. allahuakbar..
(zikir boleh menambahkan pahala dibulan puasa)

Alhamdulillah.. dah 47 hari Amar Muazzam bin Hafiszee melihat dunia..
Semoga Amar Muazzam menjadi anak yag soleh, baik hati, rajin, bijak bestari, handsome, sihat walaafiat, penyayang, hormat menghormati.. pendek kata, yang baik-baik jee.. :) 
Yang penting, sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah swt...
Ameen Ya Rabb.. 

jom tengok koleksi gambar Amar Muazzam
 seluar pendek pujaan hati.. haha

 "cekuken" kata orang jawa..
bahasa melayuya ialah sedu.. 
kesian sangat bila tengok baby sedu.. sakit dada dia..
salah satu cara dan petua orang dulu-dulu, letak kertas, benang kat dahi dia..
aku pon tak tau ape logiknya dalam sains..
tapi, kadang-kadang tu memang menjadi..
boleh hilangla bunyi sedu tu..
orang kata, kalau sedu, maksudnya nak membesar..
hihi.. 

lenanyaaaa dia tidur atas pangkuan..
ade rasa macam  nak lempag tak??
hihi

 senyum dalam gelap..
kadang-kadang, dia senyum bukak mulut luas sangat sampai nampak lidah dan anak tekak.. haha
tapi tak de suara.. korang boleh bayangkan tak??
comel giler..
aku memang tunggu je saat-saat tu..
hilang stress dan penat..

dah panjang dah dia ni..
pakai baju kakak dia.. hehe..
dulu, kakak dia, umur 3-4 bulan baru pakai baju ni..


 yawning.... huarghhhh..
baru bangun tido pon masih menguap lagi ke??? haha
ade rasa nak gigit tak??

bambam kan saya? hihi


tegok tu..
lemak-lemak bawah dagu sedang membiak..
aiyakkk.. hihi..
berkat exclusive breastfeeding.. Alhamdulillah..
peluang fully BF ni aku dapat masa Amar Muazzam dilahirkan..
waktu Ainul Mardhiah dulu, umur 3 hari dah campur dengan susu lembu..
atas sebab-sebab tertentu.. 
Rasa sangat terkilan..

membesar dengan sihat walafiat ye anak-anak ibu.. ngee..

sayang Amar

Wassalam

Bulan Ramadhan, Susu Lagi Banyak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur ku panjatkan..
Harini dah 3 Ramadhan..
Aku gagah berpuasa walaupun tanpa apa-apa supplement..
hehe..
cuma kene sahur setiap hari la.. hehe..
sahur tu plak mesti kene makan nasi + air horlicks..

Bulan Ramadhan, bulan rahmat..
aku takut sangat air susu tak mencukupi untuk anak aku yang baru 47hari..
Namun, sebaliknya berlaku..
Air susu tak berhenti-henti mengalir..
Siap boleh perah untuk simpanan..
Alhamdulillah :)

Yang penting, mommies semua kene sahur ye..
InsyaAllah boleh bertahan sampai waktu berbuka puasa..
Walaupun menyusukan baby yang comel..
Hihi..

Selamat Berpuasa..

Wassalam

Wall makeover by Na with Nadia!!!!

Assalamualaikum..

Sedang aku berdating dengan encik google mencari-cari idea untuk diconteng-conteng kat dinding rumah, tetibe terjumpalah blog cik puan Nadia yang cute niii..
blog beliau full of happiness!! i like.. 
banyak tips makeover rumah.. blog beliau siap dapat title
Offical Blogger Manager..
dari
Wall Makeover By Na!!
wowweee... bestnyaaaa!!!

nak join?? klik sini... :)

cara-cara menyertai makeover yang sangat wow!!! ni senang sangat.. 
ni aku copy paste dari blog Nadia.. hihi..

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.
2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. 
3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 
4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

memandangkan rumah aku dalam kawasan Negeri Selangor, secara automatik aku layak join makeover contest ni.. hihi.. (ia termaktub dalam syarat-syarat penyertaan).. hihi..
orang yang duduk di luar kawasan pon boleh join contest ni..
cuma hadiah berbeza sedikit..
sebenarnya, setiap hari aku akan pergi ke kawasan gombak tu.. sebab aku kerja kat sana..
memandangkan rumah yang suami beli ni pulak di kawasan Rawang, jadi aku berulang alik dari Gombak ke Rawang setiap hari.. :)
cuma, sekarang ni aku dalam tempoh cuti bersalin.. hehe.. baru je habis hari..
alhadulillah, badan dah rasa kuat untuk mengemas..

aku dah pon like kedua-dua page..


design yang aku nak hiaskan di dinding rumah ialah
sweet kan?? cuma kalau boleh nk tukar warna biru ni jadi hijau.. tone yang sama.. tak pasti pulak kod dia apa.. huhu.. lebih kurang hijau wall dinding dalam gambar di bawah ni.. kalau dapat tukar la... hihi.. demand lebih plak kan.. hihi

sebenarnya, ada banyak lagi design yang aku berkenan.. 
siap buat shortlisted.. akhirnya, ini yang aku pilih.. hehe.. sebab, sweet kan?? 

ok, finally,

Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana:



hadiah yang sangat best hokay..
"mencari 3 buah rumah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang untuk di makeover cantik-cantik dan setiap satu makeover bernilai RM500 yang mana sepenuhnya ditaja oleh Wall makeover by Na! :))"

maksudnya, Nadia tengah mencari 3 buah rumah bertuah yang akan mendapat tajaan makeover bernilai RM500.. Wow!!! giler kentang r... RM500 banyak tu..


Tuah Ayam Nampak di Kaki,
Tuah Manusia, Siapa yang Tahu,
Aku Mencuba Kalau Ade Rezeki,
Dapatlah Dinding Bercorak Baru..

hihi..
pantun empat kerat yang tak seberapa nak kerat..

Terima Kasih Nadia dan Wall Makeover by Na sebab buat contest yang sangat best ni.. :)
Ade rezeki nanti boleh buat lagi.. hihi..
Semakin banyak kita memberi,
Semakin banyak rezeki melimpah ruah..

Doa: Semoga Aku Yang Bertuah.. Amin Ya Rabb

GIVEAWAY RAHMATNYA RAMADHAN part 2

Assalamualaikum wbt

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ni..
ada kawan kita yang baik hati buat GA lah..
Hadiah GA yang sangat wow.. kebaboommm!!!
berpeluang dapat RM100..
sebab tu aku kata wow kebabom
(bayangkan ade bom meletOp..hihi)

korang nak join??
klik banner ni ye... :)


Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan Rahmat Allah SWT..
Satu Ibadah yang dijalankan ibarat melakukan 70 ibadah..
Berganda-ganda pahalanya.. MasyaAllah..
Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Baik Dari Ramadhan Yang Sebelumnya..
Aminnn Ya Rabb

Di sini, aku senaraikan antara empat keistimewaan bulan Ramadhan, iaitu:

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!

sumber: google


ni plak bukti yang aku dah like semua fanpage penaja giveaway ni.. hihi :)

twitter n blog pon, aku dah follow.. 
yippiiii!!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Bonding

Assalamualaikum

Harini aku nak cerita pasal hubungan antara Ainul dan Amar..
perbezaan umur mereka ialah 23 bulan..
Ainul setahun sebelas bulan dah dapat adik.. hehe..

Pada mulanya, hubungan antara mereka tidak lah sangat obvious.
sebab, kami selalu menjaga ainul dari mencium adik dia terlebih-lebih..
dalam fikiran kami, ape lah yang ainul tahu tentang erti sayang adik.. hehe

makbidan yang urut aku penah cerita tentang seorang kakak yang sayang adik dia..
disebabkan sayang, si kakak menyuap nasi ke mulut adiknya yang baru berusia seminggu..
Nasib menyebelahinya kerana ibunya sempat menyelamatkan keadaan..  
Alhamdulillah

Kami akan memerhatikan tingkah laku Ainul kalau dia dekat-dekat dengan adik dia..
Sebagai langkah berjaga-jaga..
Tapi,Ainul memang sayang adik dia..
Memang jelas..

Ainul suka usap kepala Amar yang botak..lepas tu dia akan cakap, geli geli..tapi, dia pegang lagi..
Ainul suka picit pipi Amar sambil cakap 'tembamnyaaa'.. pastu, picit pipi ibu dan pipi dia sendiri sambil cakap benda yang sama..'Tembamnyaaa'... haha..
comel kan?

tengokla anak sape..haha..

meh tengok video ainul layan adik dia ni..
dia cakap kat aku..

"Buuuu, nak adik.. letak sini".. sambil tunjuk kat riba dia..
aku pon bagi

yang bawah ni plak, video Ainul dan Amar sebelum tidur..lepas aku salinkan pampers..
hehe.. Amar berbual dengan bahasa baby nya..
hehe


sorry for the color of video's..
ade sesiapa nak bagi aku iphone 6 tak?? hehe
handphone aku tak berapa nak canggih..
kalau ade yang nak bagi, sangat dipersilakan.. hehe

Pergi Sekolah

Assalamualaikum

Sewaktu aku berpantang,
aku duduk dengan mak di kampung..
Kebetulan pula, mak aku ni cikgu tadika..
So, peluang yang ada perlu digunakan sepenuhnya.. hihi..
Nak bagi dia belajar berkawan..

Ainul pi sekolah.. 
tapi, pukul 10 baru pegi..
dia pi sendiri je.. jalan kaki..
aku tengok dari beranda rumah mak..
pastikan dia tak keluar pagar je..

biasanya, aku bagi dia pegi sekolah lepas pukul 10..
supaya Ainul tak ganggu perhatian murid-murid untuk belajar..
cuma hari jumaat aku bagi dia pegi awal..
sebab, hari jumaat ada senaman pagi dan hafalan..

jom tengok gambar dia..
sliper pink kesayangan dia tuuu..

 nyanyi-nyanyi nak pegi sekolah

 jalan kaki menuju ke sekolah.. comel kan?? haha

ape la yang die tengok tu.. hihi..

nak tengok video tak??
dari rumah menuju ke sekolah.. hehe..

Ainul, belajar pandai-pandai ye...

nanti, kalau ada masa, aku update sekolah Ainul untuk hari Jumaat...
hehe

Sekian


up