Semalam heboh kisah buaya tembaga telah dijumpai di Kg Bukit Belimbing Kuala Selangor.. Aku berasal dari kampung berhampiran, jadi aku tahu serba sedikit mengenai kisah-kisah buaya tersebut melalui cerita yang abah pernah kisahkan..
Untuk pengetahuan, kg bukit belimbing ni merupakan satu tempat yang terkenal dengan keindahan bakau dan telah diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan kelip-kelip.. Korang pernah dengar pasal kelip-kelip Kg Kuantan?? Haa.. Sebenarnya kelip-kelip Kg Kuantan dan Kg Bukit Belimbing ni berada di sungai yang sama iaitu Sungai Selangor.. Korang pernah pergi tak??
Hehe.. Bagi yang dah tahu kisah buaya tembaga ni ada kat situ, mesti dah tak nak pergi kan?? Aku pun dah tahu lama kisah buaya ni, tapi, buat tak tau jeee waktu naik sampan tengok kelip-kelip haritu kan.. Dah la duduk depan sekali.. Cuma aku ingat pesan abah, "kalau naik sampan tengok kelip-kelip, jangan sekali-kali seru nama buaya.. Nnt muncul lah dia".. Jadi, aku hanya bersyahadah dalam hati sepanjang menyelusuri Sungai Selangor Kg Bukit Belimbing...alhamdulillah aku selamat.. abah juga pernah bawa kami adil beradik dan mak beriadah di kawasan kelip-kelip kg kuantan (duduk kat jeti je, tak naik sampan pun).. Dan abah bercerita.. Sewaktu dia sedang bertugas dalam kerja-kerja mencari mangsa lemas, dia kene turun dalam sungai tersebut.. Ops, lupa nak bagitau.. Abah aku ni bomba berpangkat bomba kanan.. So, tugas dia bawa kenderaan bomba dan memastikan kelengkapan cukup dan selamat.. Namun, keadaan terdesak menyebabkan dia terpaksa turun padang membantu rakan seperjuangan.. Selepas menunaikan solat hajat 2 rakaat, abah pun terjun ke dalam sungai tersebut.. Dia mendapati banyak anak buaya sedang berenang-renang.. Abah kata "banyak macam anak ikan"...
Untuk pengetahuan lagi, kawasan ni sangat terkenal di kalangan kaki-kaki pancing.. Memang besar-besar ikan kat sini.. Setakat yang aku tahu, buaya kat sini tak pernah lagi makan manusia.. Sebab penduduk sini bagi mereka makan ayam dan lembu.. Ni yang aku dengar cerita laa.. Tak tahu sejauhmana kesahihannya..
Besar giler kan buaya ni?? Dianggarkan panjangnya 7meter plus minus.. Beratnya pula ialah 1000kg... Wowww.. Kulit dia tu sangat berharga tau.. Boleh buat aku jadi kaya raya.. Haha.. Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab kulit dia tu boleh buat sekurang-kurangnya 300++ pasang kasut... Wowow.. Macam jumpa harta karun kan..
Haa.. Ni dia bukti buaya tembaga memang betul-betul dijumpai di Kuala Selangor..
Sekian, terima kasih
0 chit chat:
Post a Comment