Ainul: Buuuu, maaf.. Sambil hulurkan tangan.. Bila aku hulurkan tangan, dia mencium tangan aku tanda mohon maaf..
Ibu: sayang, ibu dah lama maafkan.. Jangan risau ye.. Sambil memeluk erat ainul dan mengucup dahinya..
Berulang-ulang kali dia meminta maaf.. Kadangkala terjaga malam pun, dia merengek minta maaf..
*hati ibu mana yang tidak tersentuh jika anaknya meminta maaf.. Lagi- lagi anak yang masih kecil"
Ainul yang baru berumur 2 tahun.. Baru sahaja menyambut ulang tahun yang kedua.. Sudah mengerti erti kemaafan..
Tapi, masuk harini dah 3 hari ainul demam panas.. Dah bawak jumpa doktor.. Dah makan ubat.. Namun, demamnya masih belum kebah.. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit Ainul Ya Allah.. Kebahkanlah demamnya Ya Allah.. Dia terlalu kecil untuk merasai demam yang panjang Ya Allah.. Aku sanggup untuk menerima dan menanggung sakit dan demam anak-anakku Ya Allah.. Asalkan mereka tetap sihat walafiat dan gembira Ya Allah..
Pkul 3.15 mlm tadi, ainul mengejutkan aku bangun dari tidur.. Nak susu katanya.. Aku pun bangun dan merasakan badan dia terlampau panas.. Lepas dia habiskan susu, aku memberinya makan ubat demam.. Merengek-rengek dia tak mahu makan ubat.. Tapi, aku pujuk dia dengan kasih sayang.. Alhamdulillah dia dapat menghabiskan ubat demam yang aku beri (2.5ml)..
Lepas makan ubat, aku sapukan sapu tangan yang direndam ais di kepala dan tapak kaki dia.. Turun sikit suhu badannya, alhamdulillah.. Sambil tu, ainul layan upin ipin.. Itulah rancangan yang sangat digemarinya.. Ainul layan upin ipin, aku pun sibuk di dapur masak untuk makan sahur.. Usai aku masak sahur, ainul pun terlena..
Ainul, ibu mintak maaf ye..
Setelah aku selidik-selidik macamana ainul boleh demam.. Aku dapat satu penyebab yang kuat.. Bukan disebabkan main panas atau tersalah urat..
Pada suatu hari, aku ter marah dia dengan teruk dalam tempoh 2 tahun umurnya.. Sebelum ni aku tak pernah nak marah sampai macam tu skali.. Yang menyebabkan aku marah dia ialah:
Aku terbau minyak telon yang sangat kuat waktu terjaga dari lena kerana menidurkan amar muazzam.. Aku ternampak dia sedang cuba memasukkan botol minyak telon (yang baru aku beli hari sebelumnya, yang baru digunakan sekali) ke dalam bakul.. Berulang kali dah aku nasihatkan dia jangan main minyak ni, nanti kene mata pedih.. Jangan main, jangan...
Aku dengan geram, pukul tangan dia dengan tangan aku sendiri sambil marah dia "ibu tak nak kawan dengan ainul".. Tiap kali dia datang kepadaku, aku marah dia "ibu tak nak kawan ainul.. Kan ibu dah kata jangan main minyak tu.. Kenapa main jugak?".. Pukul lagi tangan dia.. Dia menangis berlari ke arah maksu nya.. Maksu nya suruh dia mintak maaf kat ibu..
Tapi, tiap kali dia datang kat aku, aku akan menjeling dan buat muka marah.. Terus dia diam dan kalih pandangannya..
Bila hati dah tenang, suamiku pun dah belikan minyak telon baru, aku slow talk dengan ainul.. " kenapa ainul tumpahkan minyak dalam kotak?".. Dia jawab "Ainul nak buat kolam" kata dia... Aku terus tersenyum dan memeluk dia dan meminta maaf.. "Ainul, ibu minta maaf ye"... Sambil peluk erat badannya dan mengucup dahinya..
Ya Allah, kesalahan apa yang aku dah buat pada anakku ini Ya Allah? Aku merintih dalam hati..
Aku akan memulihkan semangatnya kembali.. Akan sayang dia sepenuh hati.. Ya Allah, kembalikanlah nikmat kesihatan buat Ainul.. Amin ya rabbal aalamin..
Ya, aku yang bersalah.. aku yang berdosa..
Ainul, ibu minta maaf ye.. Sayang ainul..
0 chit chat:
Post a Comment