Sep
23
2013
Assalamualaikum
Di sini sy nk kongsikan beberapa petua dan cara untuk menambahkan susu ibu:
1.HALBA @ FENUGREEK
Basuh sesudu halba dan rendam dalam air panas (bukan menggegak yea),tutup bekas rendaman,biarkan selama sejam.Selepas sejam ,anda akan dapati airnya bertukar kekuningan. Tuangkan air rendaman tadi ke dalam mug yang lain n minum begitu sahaja atau campurkan dengan air kegemaran anda. baki halba tadi boleh dikitar semula dengan menambahkan air panas ke dalam bekas halba tadi.Halba tadi boleh digunakan sehingga air rendaman tidak lagi kelihatan kuning.Minum 3 kali sehari inshaAllah dengan izinNya..anda akan merasa bengkak susu (susu banyakla tu).

2. LOBAK PUTIH
Since dalam pantang tak banyak sayur yang boleh dimakan,ibu-ibu bolehla mencuba sayur2 yang boleh menambahkan susu badan antaranya seperti LOBAK PUTIH. Biasanya lobak putih saya akan buat sup sayur .Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi,masukkan isi ayam, masak hingga mendidih kemudia masukkan lobak putih.Makan dengan ikan panggang + nasi putih panas2..memang menyelerakan walaupon dalam tempoh berpantang.

3. KURMA
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu. Ibu menyusu sila amalkan makan kurma hari2 yea..untuk lebih best..boleh buat KURMA MILKSHAKE.Caranya:
Rendamkan 7 biji kurma + 21 biji kismis + 3 biji badam ke dalam air susu.Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya,blend semua bahan tadi guna blender biasa2 tu then tambah air satu mug after blend.Kalau rasa tawar bleh tambahkan bilangan kurma n blend lagi..memang pergghhh sedap. :-)
psst: nak best lagi guna ESP shaklee n milkshake..wallah..very perrghhh I tell you!!!
SELAMAT MENCUBA

Sekian, selamat mencuba!!