"Abang, Doakan Cinta Kita Hingga Ke Syurga"


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Zuhirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. 
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. 
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. 
“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Hafiz tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?
 “abang, dah siap.” Hafiz memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
 “abang..?” Hafiz tersedar. 
“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.
 “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Hafiz ragu-ragu. Zuhirah senyum.
 “harta saya harta abang juga.” Hafiz hanya mengangguk. 
Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Hafiz dah tak tentu arah. Zuhirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” 
Hafiz hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Hafiz masih tidak mematikan enjin. Zuhirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Hafiz melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
 “err,Ira..” Zuhirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. 
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Zuhirah senyum.
 “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Hafiz terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
 “jom.” Ajak Zuhirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Hafiz duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. 
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. 
“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” 
Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.
 “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Hafiz hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Hafiz hanya mengangguk. Huh,garang! Zuhirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Hafiz dan menutup mata Hafiz dengan tangannya.
 “cuba teka ini siapa?” kata Zuhirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. 
Hafiz yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Zuhirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Hafiz. 
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Hafiz ketawa.
 “hm,Hj. Amran.” Zuhirah pula ketawa.
 “salah! Hj.Amran dekat Johor.”
 “ha! Tahu..tahu..Syah!” Zuhirah kerut dahi.
 “Syah mana?” 
“Zuhirah.” Hafiz menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Zuhirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Zuhirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
 “abang buat apa?”
 “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
 “tanya apa?”
 “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
 “sebab Allah.” Hafiz diam sebentar.
 “tak faham.”
 “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Hafiz senyap. 
Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Zuhirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Hafiz.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. 
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Hafiz.
 “macam mana ni abang?” kata Zuhirah sayu. Hafiz menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
 “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Hafiz senyum.
 “tak apa.” Hafiz keluar dari dapur. Zuhirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Zuhirah berfikir di bar dapur itu Hafiz masuk dengan membawa laptop.
 “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
 “belajar masak guna internet.” Hafiz senyum dan mengangkat kening. Zuhirah senyum. 
“huish masin.” Komen Zuhirah. Hafiz mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
 “abangkan yang masak ni.” Kata Zuhirah lagi. Hafiz rasa dan ketawa.
 “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Hafiz pula.
 “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
 “boleh ke macam itu?”
 “boleh je.”
 “okay..”
 “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Hafiz langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Zuhirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! 
“ustaz.” Panggil Hafiz pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh.
 “ya?” “saya nak…”
 “nak apa?” Hafiz malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. 
“anak nak apa?”
 “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. 
“mari.” Selesai solat Isyak tadi Zuhirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Hafiz di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Hafiz menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
 “ustaz kenalkan isteri saya.” Hafiz kenalkan Zuhirah pada lelaki itu. Zuhirah hanya senyum dan mengangguk. 
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Hafiz sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
 “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Hafiz ni.” kata-kata Zuhirah membuatkan Hafiz terdiam. 
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
 “terima kasih ustaz.” Hafiz bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Hafiz.
 “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
 “waalaikumsalam.” Jawab Zuhirah dan Hafiz serentak.
 Hafiz duduk di birai katil dengan mata memandang Zuhirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. 
“lamanya abang pergi..” Hafiz tersedar.
 “hmm,seminggu je.” 
Ya,dia kata dengan Zuhirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Zuhirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!
 “seminggu tu lama tauu..” lirih Zuhirah. 
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” 
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Hafiz apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Zuhirah ni. Hafiz memandang Zuhirah.
 “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Zuhirah ketawa halus.
 “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Hafiz diam.
 “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.
” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Hafiz di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.
 “awak sihat?” Hafiz duduk di tangga surau papan itu. Zuhirah bersuara riang.
 “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Hafiz hanya senyum mendengar coleteh si isteri. 
“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Zuhirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Zuhirah mengalir. Hafiz terdiam. Zuhirah juga diam. Terkejut Hafiz tiba-tiba terdengar esakkan.
 “awak nangis ke?” Diam lagi. 
“awak, saya…” Zuhirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.
 “ abang sihat tak?”
 “Alhamdulillah sihat.” Diam. 
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Zuhirah.
 “baik sayang.” Terdiam Zuhirah.
Hafiz senyum je. “lagi?” 
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Hafiz ketawa.
 “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Hafiz hanya mengangguk. 
“lagi?”
 “..selalu beristigfar” 
“okay. Lagi?” 
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” 
“alright, next?”
 “sentiasa berselawat.”
 “okay.” 
“abang ni last.”
 “apa dia tu?” soal Hafiz lembut.
 “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Hafiz senyap sekejap.
 “sure.” Dari jauh Hafiz telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. 
Selesai membayar tambang teksi Hafiz mengheret bagasi berodanya. Zuhirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
 “Assalammualaikum,awak.” Sapa Hafiz.
 “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.
 Zuhirah bersalaman dengan Hafiz. Terpegun juga dia melihat Hafiz yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Hafiz tak perasan).
Wajah Hafiz seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Hafiz perasan isterinya memerhatikannya.
 “er,,awak pandang apa?” Zuhirah tersentak.
 “eh, tak.. abang nampak lain.”
 “apa yang lain?” Hafiz memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
 “oh..” jawab Hafiz dan menarik kopiahnya.
 “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Hafiz telah pun duduk di sofa sementara Zuhirah pergi membuat air di dapur. Mata Hafiz menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.
“abang nah..” lembut Zuhirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Hafiz menyambut.
“thanks.”
“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Hafiz yang duduk di sofa itu.
“hmm?” Hafiz merenung Zuhirah. Dia sudah faham dengan sikap Zuhirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Hafiz.
 “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
 “oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Zuhirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Hafiz masih lagi melayan.
 “apa yang best?”
“lagu.”
 “Ek.. oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Hafiz berbual mengenai drama Indonesia.
 “best jugak tapi sedih.”
“kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
 “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Zuhirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Hafiz hanya memerhati.
“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Hafiz.
“hm, awak ambil satu..” kata Hafiz dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Hafiz.
“ok.” Ceria Zuhirah menyambut earphone itu. Hafiz menarik tangan Zuhirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu
“saya baru download tadi..” Zuhirah senyum. Hafiz turut senyum.



Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.

Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Hafiz diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Hafiz dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”

Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan

Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Hafiz telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…
Hafiz tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Zuhirah dah tidur.
“eeerr.. awak…” Hafiz cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Zuhirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Hafiz pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Zuhirah memandang Hafiz.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Hafiz teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Hafiz telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.” Langkah Hafiz mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Zuhirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Hafiz hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Zuhirah beli tadi.
“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Zuhirah lagi dan terus berlalu. Hafiz hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Hafiz berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Hafiz pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Hafiz senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Zuhirah datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Zuhirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Hafiz.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Hafiz membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!”
“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Hafiz sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Zuhirah manja. Hafiz senyum.
“kenapa?”
“nah..” Zuhirah menunjukkan sesuatu pada Hafiz. Hafiz mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..”
“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Zuhirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Zuhirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Hafiz membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Hafiz.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Hafiz turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Hafiz mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Zuhirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Hafiz senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Hafiz menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.
“Hafiz!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.
Hafiz hanya tunduk. Sejak menjadi suami Zuhirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Hafiz.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.
“bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Hafiz mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Hafiz. Ya Allah… tiba-tiba telefon Hafiz berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Hafiz menjawab.
“waalaikumsalam, weh Hafiz. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Hafiz tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Hafiz mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Hafiz memandu kereta isterinya itu. Hari ini Zuhirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Zuhirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Zuhirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Zuhirah.
“eh, kau diam lah dik..” Hafiz melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Hafiz menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Hafiz menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”
“aku nak bawak Zuhirah balik..” Sentap Hafiz mendengar. Matanya memandang Zuhirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Hafiz dengar.
“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Zuhirah yang tadi berair mata membela Hafiz.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Zuhirah.
Zuhirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Hafiz. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Zuhirah meminta pertolongan Hafiz.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Hafiz jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Zuhirah sayu sempat menoleh Hafiz yang membelakanginya. Hafiz terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Hafiz baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Hafiz terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Hafiz senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Hafiz jawab.
Suara serak Zuhirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Hafiz senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”
Hafiz masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Zuhirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Zuhirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Hafiz bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Hafiz beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Hafiz hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Zuhirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan.
Hafiz menarik nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1)     Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Hafiz menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
 “baca artikel apa itu?”
“Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Hafiz senyum.
 “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Hafiz sentap.
“hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Hafiz menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Hafiz. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Zuhirah.
Hafiz membaca message itu dan senyum. Dia tahu Zuhirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Hafiz
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Zuhirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Hafiz
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Zuhirah.
Hafiz senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Hafiz.
“Assalammualaikum, abi.” Hafiz menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Hafiz, kenapa ni?” nada risau.
 “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
 “Hafiz, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Hafiz.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Hafiz membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Zuhirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Zuhirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.
Erat Zuhirah memeluk suaminya saat Hafiz masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Zuhirah. Hafiz yang terkedu itu mengesat air mata Zuhirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Zuhirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Hafiz.” Pesan Hj. Amran.
 “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Hafiz bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami balik dulu abi, umi.” Hafiz bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Zuhirah.
 “Assalammualaikum.”
 “waalaikumsalam.”
 “saya sayang abang.” Luah Zuhirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Hafiz yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Zuhirah senyum senang.
“Ira…” panggil Hafiz.
“ya?” Zuhirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Hafiz diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
 “sebab awak saya dah banyak berubah.” Zuhirah ketawa kecil.
 “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
 “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Hafiz. Zuhirah senyum.
 “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Hafiz mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
 “thanks lagi sekali.” Dahi Zuhirah berkerut.
 “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
 “kita suami isteri kene saling membantu.”
 “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Zuhirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Hafiz memandang Zuhirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Zuhirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.”
 “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Hafiz lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Zuhirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Hafiz terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Zuhirah terbatuk. Hafiz terkejut. Zuhirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Hafiz terus menerpa ke arahnya.
 “awak.” Terkelu lidah Hafiz sewaktu melihat darah itu. Zuhirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Zuhirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Hafiz yang melutut di sisi Zuhirah yang duduk di kerusi itu. Zuhirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Zuhirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Hafiz tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Zuhirah menggerakkan Hafiz di sebelahnya.
“..Encik Hafiz, bangun..” kejut Zuhirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Zuhirah menggerakkan Hafiz lagi.
“abang….abang.. bangun…” Hafiz membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Hafiz duduk menghadap Zuhirah.
 “dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
 “jom.” Ajak Hafiz.
Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
 “..sayang ambil wudhuk dulu..”
 “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Zuhirah mencium pipi Hafiz. Terkejut juga Hafiz.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Hafiz dan memegang pipinya yang di cium tadi. Zuhirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Hafiz bersalaman dengan Zuhirah.
 “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Zuhirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Hafiz menarik Zuhirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Zuhirah dan senyum. Hafiz hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Zuhirah geleng.
 “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Hafiz mengangguk.
 “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Zuhirah dan senyum.
 “sayang awak juga.” Hafiz memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Hafiz keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Hafiz mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Hafiz ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Hafiz sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Hafiz melihat Zuhirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Hafiz cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Hafiz tidak bernafas dan pengsan.
**********
Hafiz terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Hafiz memangku Zuhirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Hafiz mencampakkan pisau itu.
 “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Hafiz tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Hafiz bergari.
“bukan saya!..” Hafiz terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Hafiz!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Hafiz keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Hafiz bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Hafiz memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Hafiz.
“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Hafiz cuba meronta.
“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba.
Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Hafiz jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
 “sabar Hafiz, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Zuhirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya.
“abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah Hafiz, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Zuhirah macam mana?” mengalir air mata Hafiz tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.
 Lemah lutut Hafiz mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Hafiz bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:
 “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Hafiz pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Hafiz membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Hafiz.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Hafiz senyum. Terima kasih Ya Allah.
 “abi,jom jumpa Zuhirah.” Bicara Hafiz ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Hafiz duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Hafiz tak bersalah. Hafiz hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Hafiz terkejut. “abi, kenapa di sini?”
 “turun dulu Hafiz. Jom.” Ajak Haji Amran. Hafiz hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Hafiz terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Hafiz melangkah ke arah bilik itu.
 “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Hafiz dengar. Bukan. Salah ni. Hafiz menghampiri katil itu.
 “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Hafiz hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Zuhirah baring tenang di atas katil itu. Hafiz mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Hafiz dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Hafiz…bawa mengucap.”
 “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Hafiz. Haji Amran mengusap bahu Hafiz.
 “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Hafiz mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Zuhirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Zuhirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Hafiz hanya memerhati.
 “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Hafiz.
“hm, awak ambil satu..” kata Hafiz dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Hafiz.
 “ok.” Ceria Zuhirah menyambut earphone itu. Hafiz menarik tangan Zuhirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Hafiz diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Hafiz dengar. Tak tahu kenapa.
 “hmmm.” kenapa harus begini…..
Hafiz menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Zuhirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Hafiz turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Hafiz, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Hafiz menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
 “nak keluar.”
 “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Hafiz bersalaman dengan abahnya pula.
“hm, pergi masjid. Hafiz pergi dulu. Assalammualaikum.”
 “waalaikumsalam.”
Hafiz meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Hafiz melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Hafiz memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Hafiz senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Hafiz mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Hafiz baca matanya sudah mahu terlelap. Hafiz menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Hafiz membaringkan badannya.
 “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Zuhirah.
 “baik sayang.” Terdiam Zuhirah. Hafiz senyum je.
“lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Hafiz menadah tangannya untuk membaca doa tidur.
 Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Hafiz mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Hafiz terpandang seseorang.
 Sayang.
Hafiz bangun. Dia menghampiri Zuhirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Hafiz menggenggam tangan Zuhirah.
“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup.
Zuhirah hanya senyum dan menarik tangan Hafiz agar mengikutinya.




Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. 

Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Hafiz satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...
"Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini untuk menjadi isteri yang solehah.. 
Aku ingn sekali hidup bahagia di syurga bersama insan yang ku sayangi..
Ya Allah, bimbinglah aku menjadi insan yang kuat untuk melakukan ibadah..
Supaya aku boleh melengkapkan apa yang kurang dalam keluargaku.. amin ya rabb"

0 chit chat:


up