Publisiti dan Penyertaan Awam

Assalamualaikum. 

Apa itu Publisiti?
Publisiti ditakrifkan sebagai usaha-usaha dan langkah-langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh pihak yang berkaitan semasa menyediakan rancangan pemajuan. Publisiti turut bermaksud pemberitahuan kepada seberapa ramai orang awam bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan membuat perwakilan serta memberi pandangan/bantahan seperti mana yang dihasratkan oleh penduduk setempat untuk dipertimbangkan sebelum merumuskan laporan akhir.

Penyertaan awam ditakrifkan sebagai penglibatan orang awam dalam membantu pihak berkuasa mengenalpasti masalah-masalah dan peluang-peluang masa kini dan akan datang di dalam kawasannya serta memeriksa dan memahami kandungan rancangan pemajuan seterusnya mengemukakan bantahan dan membuat representasi (cadangan atau pandangan).

Program publisiti dan penyertaan awam ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk kawasan terlibat untuk membuat bantahan dan cadangan terhadap pembangunan dan tanah di kawasan tempat tinggal mereka.


Situasi: Perancang Bandar dan konsultan yang terpilih telah membuat satu cadangan pembangunan (dalam bentuk pelan dan laporan) dan akan disemak & dipersetujui oleh pegawai kerajaan. Selepas itu, publisiti perlu dijalankan untuk tujuan penghebahan awam kepada penduduk setempat. Penduduk setempat boleh membuat bantahan terhadap apa-apa cadangan yang telah dirancangkan. Mana tahu kan, perancangan kami terkena di tanah anda!!=) Anda perlu ambil perhatian dan tindakan.

Seranta terkini ialah untuk RKK Gadong dan Mantau 2025.


Rancangan Kawasan Khas(RKK) Gadong dan Mantau 2025 adalah dokumen yang menjelaskan hala tuju perancangan dan pembangunan di kawasan Gadong dan Mantau bagi tempoh perancangan sehingga 2025. RKK Gadong dan Mantau 2025 adalah rancangan pemajuan yang disediakan di bawah Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172].


Matlamat Kajian adalah:-
Menyediakan Satu Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Berserta Garis Panduan Perancangan Bagi Memandu Arah dan Menggalak Pembangunan yang Lestari
Objektif Pembangunan adalah:-
♦ Menyediakan kawasan kediaman yang selesa dan berkualiti;
♦ Menyediakan kemudahan masyarakat dan utiliti mengikut keperluan penduduk berdasarkan garis panduan perancangan;
♦ Mewujudkan pusat perniagaan untuk aktiviti ekonomi;
♦ Merancang jaringan jalan raya mengikut hierarki bagi mewujudkan aksessibiliti yang efisien; dan 
♦ Meningkatkan kualiti persekitaran kampung tradisi dari segi kemudahan dan infrastruktur.

Cara-cara membuat bantahan:
Anda perlu mengisi borang bantahan yang disediakan di setiap lokasi pameran publisiti yang dijalankan, atau di Pejabat / Majlis Daerah yang berhampiran. 
Mudah kan?? =)

Anda boleh rujuk laman web 
untuk maklumat terkini..

sekian, terima kasih=)

0 chit chat:


up