Ainul Belajar Menulis

Assalamualaikum..

Hai, all.. 
Im very very very very very happy because..
Ainul dah pandai menulis..
Nampak je pen, terus nak menconteng..
So, ibu dia kene cepat2 bagi buku or kertas-kertas untuk dia conteng..
Setakat ni dia conteng buku, kertas dan seluar dia je.. haha.. 
Nampak ni.. habis buku nota ibu dia..
Dia conteng dari muka surat tengah, pergi ke kulit belakang, pergi ke kulit depan..
Haha.. 

nak tau tak ape dia membebel-bebel bia dia conteng satu garisan?? 
A-B-A-B..

itu jelah yang dia cakap lepas buat satu garisan..
Walaupun hakikatnya, tak de rupa AB pon,
Bijak sangat.. 

Meh tengok dia buat muka
Hihik
^.^

tengok rambut depan dah panjang..
kerinting pulak tu..
haha

k lah.. adios
^.^


9 dan 10 Muharram

Assalamualaikum..

Salam Jumaat y penuh barakah..
Harini tanggat 9 Muharram, merupakan hari yang disunatkan berpuasa bagi orang-orang islam..
Bagi y mampu berpuasa, puasalah pada hari ini dan esok..
Besar ganjarannya, InsyaAllah..

Bagi mereka yang tak mampu, mari kita mulakan hari dengan 
Bismillahirrahmanirrahim
dan
membaca al-ma'thurat..


Hati akan tenang bila dapat membaca al-quran..
Alhamdulillah

Sukar Penuhi Kehendak Seseorang....

Assalamualaikum..

Malam ni saya bermalam di pejabat..
bersama 3 lagi teman seperjuangan yang semuanya gadis pingitan.. hehe
Anak terpaksa hantar ke rumah mak..
Sebab, suami saya kerja shift malam, minggu ni..
Semuanya PENGORBANAN..

hurm..
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya ada membuat kerja sambilan, selain bekerja dengan pihak swasta ni.. saya buat kerja design men design kad kahwin, print memerint kad kahwin, fotografi..
sebab minat saya lebih ke arah itu..

Jadi, alkisah yang berkait dengan tajuk di atas, berkenaan dengan Kad Kahwin..
Ada seorang customer order kad kahwin.. 
Pilih design kad, mama dia..
"Mama aku tak nak yang macam ni.. Mama aku suka yang macam tu"
Setiap kali edit, mesti dia nak tunjuk kepada mama dia dulu..
Kalau 8 kali edit, 8 kali lah dia nk tunjuk kat mama dia.. haish..
Rimas aku..
Lastly, dah siap.. dari aspek kad mmg dah perfect.. dia mmg suka..
Yang paling x boleh tahan nya..
"Mama aku bising tau tak.. Dia nak sampul warna putih.. tak nak sampul kuning"
"aku dah cakap kat supplier, nak sampul putih, dia cakap pihak dorg dah tak bagi sampul putih skg ni.. sbb ramai yang mintak sampul cream.. kenapa mama ko tak nak??"
"Tak match la dengan kad.. kad warna silver, sampul warna cream"
"boleh, kalau ko nak, tambah lagi rm35 untuk sampul surat putih, sampul surat cream tu memang dah sekali dengan kad"..

.............................diam......................

dalam hati saya 
"kad nak murah, design nak gempak"
lastly, untuk kad dia ni, aku rugi..
tak de untung..

hurm.. pengajaran kali ni,
tak boleh nak bagi harga kad yang mahal jadi murah.. 
kalau nak murah, fotostat je lah.. 30-40sen sekeping..

erm, susah betul la nak puaskan hati orang ni..
sape yang nak kahwin sebenarnya ni??
adeh..
memang la ibu bapa perlu bantu anak untuk menjalankan majlis perkahwinan..
Tp, perlukah sampai se detail / cerewet itu??

Hurm.. ok, sekian, luahan hati yang kerugian.. =(

OKLAH.. NAK SAMBUNG BUAT KERJA OFIS..
ADA REPORT NAK KENE SUBMIT ISNIN..


YA ALLAH,

PERMUDAHKANLAH TUGASAN HAMBAMU INI..
MURAHKANLAH REZEKI KU..
AMIN YA RABBAL AALAMIN
^.^


40th Town Planning Day

Assalamualaikum..

8 november 2013 merupakan Hari Perancang Bandar Sedunia ke 40 tahun.
pelbagai program yang telah diatur oleh Malaysian Institute of Planner (MIP),
selaku organisasi yang bertanggungjawab..

Majlis pelancarannya dibuat pada 7 november 2013..
Tun Dr Mahathir telah dipilih menerima 
Anugerah Penaung
Perancang Bandar dan Wilayah..

Nak kongsi gambar ni.. nak tengok tak?? hehe













seronok bila jumpa lecturer dan kawan2 lama..
hihi


Tips Bebas Dari Belenggu HUTANG!!!

Assalamualaikum..

Dewasa ini, terdapat pelbagai bank dan agensi yang menawarkan khidmat pinjaman wang..
Tapi, AWAS!! Berhutang, biarlah berpada-pada..
Setakat ini, saya ada empat hutang yang perlu diselesaikan.. Saya sangat terbeban dengan hutang-hutang ini..
Setiap kali gaji, duit akan habis untuk membayar hutang.. 
Awal bulan lagi dah start makan maggi.. hurmmm..

Selepas membaca satu artikel dari seorang sahabat yang telah berjaya membebaskan diri dari berhutang,
saya bertekad untuk ikut jejak langkah beliau..

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, kau bebaskanlah aku dan keluargaku dari hutang-hutang duniawi..
Amin..

 cara membebaskan diri dari belenggu hutang

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan.Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak bapak jer...
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak?
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahaun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Semoga saya juga dapat membebaskan diri dari belenggu hutang dalam masa yang telah dikenalpasti..
Amin Ya Rabbal Alamin..


Rujukan / Sumber : Zulkifli.com


Kene AES daa..

Assalamualaikum..

Saya sangat yakin bahawa ramai di antara pemandu-pemandu kenderaan di kawasan operasi AES dah terkena pancaran flash yang sangat menyilaukan ^.^

Saya dah kene.. 
huhuhu.. (nanges kejap)

Hai lah kerajaan Malaysia.. adakah AES ini merupakan langkah terakhir untuk mendidik rakyat supaya berhati-hati ketika memandu?? 
Kalau jawapannya YA, 
kenapa pula ada AES detector?? 
(mula-mula free, lama-lama kene melanggan dan perlu membayar)

Pengalaman saya melalui jalan sebelum tol sungai besi:

Saya di lane kanan dengan kelajuan 100km/j..
Tiba-tiba ada sebuah kereta bagi high beam menandakan yang dia nak laju kehadapan.. Jadi, saya pon beralih ke lorong tengah.. Bila duduk di lorong tengah, had laju saya bawak lebih kurang 80 km/j..
so, bawak je lah happy-happy kan.. 

lebih kurang dalam 4-5 minit, 
saya ternampak kereta yang bagi high beam td dah masuk lorong tengah.. bawak perlahan je.. lorong kanan kosong xde kereta.. so, saya pon masuk lah lane kanan.. dlm 90kmj.. lepas tu ade kereta laju dr belakang, tp, lane tengah penuh dengan kereta y rapat2.. saya x boleh nk masuk.. terpaksa memecut sehingga 110kmj untuk mencari ruang kosong di lane tengah.. tibe2, kene pancaran AES..
PEACE yo..
rasa macam tgh shoot wedding sendiri.. haha..

up