Permohonan UPU Kemasukan ke IPTA, Politeknik & ILKA 2013/2014


Permohonan UPU untuk permohonan ke IPTA, Politeknik Dan ILKA dibuka pada hari ini.Permohonan UPU ini adalah bagi kemasukan tahun 2013. Sebelum ini ramai bertanya bila permohonan UPU akan dibuka. Untuk pegetahuan, permohonan UPU akan dibuka pada 7 Januari 2013 sehingga 15 April 2013. Sistem permohonan akan dibuka mulai jam 12 tengah hari hari tersebut.
Permohonan yang dibuka adalah mengikut kategori permohonan dibawah :
  • Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier ( Untuk lepasan SPM/ setaraf sahaja )
  • Kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Politeknik Konvensional/ METrO ( Untuk lepasan SPM/ Setaraf )
  • Kemasukan ke IPTA ( Untuk Lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma & Setaraf )

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan haruslah terlebih dahulu membeli no Unik ID di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN berhampiran.



Nombor unik ID tersebut akan tercatat pada Slip pembelian yang diberikan dari BSN. Nombor pin tersebut perlu dimasukkan ke dalam system online permohonan UPU sebelum permohonan dibuat.

Dinasihatkan sekiranya ingin membuat pilihan kursus haruslah disesuaikan dengan kebolehan, minat serta potensi diri. Sekiranya tidak tahu membuat pilihan, perlulah berjumpa dengan kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling institusi masing-masing untuk lebih memahami tetang potensi diri serti minat kerjaya masing-masing.
Untuk membuat permohonan online UPU boleh terus ke Laman Rasmi UPUuntuk mula memohon. Sila pastikan memilih kategori bertepatan sebelum memohon. Semoga Berjaya.





0 chit chat:


up