Ayam Penyet Bu Lis

Assalamualaikum...

Hye u'olls.. dah lunch ke belum??
haha.. saya baru je lepas lunch..
erkkk... kenyang..

actually, dah lama tak makan Pece Lele Ibu Lis
nak masuk kedai Bu Lis ni kene lalu rumah-rumah orang.. 
Koordinat kedai Bu Lis ni,

<coordinates>101.7083337668615,3.223468911208735,0</coordinates>
 ok.. jalannnn lagi..

 haa... tuu.. nampak tak?? hehe
warung je.. 

 Air Soda Gembira
^,^

 Pece Lele

 Ayam Penyet
^,^

muka kenyang.. haha

ok lah.. jumpa lagi untuk sesi makan akan datang
^,^


Pelan Pengezonan Guna Pantai

Assalamualaikum

Pelan Pengezonan Guna Pantai
Daerah Kuala Selangor - Sabak Bernam

pernah dengar tak?? kalau u'olls dalam bidang town planning, mesti u'olls pernah dengar..
kalau tak pernah dengar, cuba mintak tolong kawan tolong sebut kat telinga u'olls..
CONFIRM u'olls akan dengar..
kihkih ^,^

Meh layan gambar dulu..
Gambar-gambar ni diambil di sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor  sewaktu kami menjalankan site visit.. 
Bagan Sungai Besar
kupang segar.. baru naik dari laut.. wheehoo!!

 Menerima taklimat dari Wakil MDSB.. en Norazam
Nunnnn kat sane tu negeri Perak dah.. seberang sungai jom!!
Sawah padi yang menghijauuuuuuuu!!! ^,^ @sungai haji dorani

Pantai Jeram
Pantai Remis
.....
puas tak tengok gambar??? semua tepi laut..
Kajian ni dijalankan oleh Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)..
dan saya sebagai konsultan yang dilantik membantu menjalankan kajian..
Tujuan kajian ialah menjaga dan menguruskan sumber-sumber air di Selangor..
Perancangan yang baik adalah sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup anak-anak akan datang..


Tarraaaa!!!
Report dah siap..

20 keping DVD disertakan bersama-sama satu laporan hardcopy.. 

Alhamdulillah..
semoga Selangor terus maju kehadapan..
Aminn

Pelan Site Visit

Assalamualaikum..

Pelan di bawah ni saya buat untuk kajian RSN Selangor Pengubahan 1..
klik gambar untuk lihat lebih jelas

tapi, pelan ni hanya draf sahaja..
ia sebagai rujukan pihak konsultan untuk menjalankan kajian lapangan atau site visit bahasa omputihnye ^,^

point-point merah tu menandakan lokasi yang kami akan lawati..
tapi, tak tahu bila site visit jelajah selangor akan dijalankan...
ee, tak sabarnye nak jalan-jalan free!!=)
hoyeah!!
^,^


Musim Demam

Assalamualaikum..

Ada hikmah Allah menurunkan penyakit kepada hamba-hambanya..
Supaya kita sedar, semua nikmat dunia adalah pinjaman semata..

Belum sempat Ainul pulih dari muntah-muntah, si ayah pula yang diserang demam panas..
Petanda aku sedang diuji olehNYA..

Ya Allah, kuatkan semangatku..
untuk hadapi segala ujianmu..
Ya Allah, sembuhkanlah penyakit anakku..
sembuhkanlah penyakit suamiku..
Amin, Ya Rabb~


Muntah-muntah

Assalamualaikum

Harini, saya tak kerja..
gara-gara muntah-muntah...
..........................................................
opss.. bukan saya!! bukan saya yang muntah-muntah..
tapi, Ainul... Anak kesayangan ibu dan ayah 
-,- sedih sangat bila tengok Ainul muntah-muntah..
umur Ainul baru 1 tahun 2 bulan 2 hari..

simptom ni bermula sejak hari ahad (tengahari)..
tiba-tiba saja muntah dengan banyak..
tak tahu apa penyebabnya..
mungkin susu?? mungkin calciyum (baru bagi sejak akhir2 ni)??
mungkin salah urat?? entalah.. sampai sekarang belum ada jawapan..

Malam semalam saja hampir lima - enam kali dia muntah..
nasib baik toilet dekat dengan katil.. tapi, ada jugak yang tak sempat..
muntah kat lantai.. 
saya cuci mulut dan badan ainul, 
ayah ainul pulak lap lantai.. 
itu je lah kerja kami 2-3 kali.. 

sampai kali ke empat,
ayah ainul ajak pegi klinik..
nasib baik ada klinik buka 24jam kat bukit sentosa..
KLINIK ANIZA..
tp, entah la... rasa tak puas hati dengan doktor tu..
dia cuma ckp ainul kembung perut..
dia tak cek betul-betul... 
eee,, geram.. tak suka dengan doktor tu..
tp, doktor2 lain tak ade masalah..
semua cek betul2.. sorang doktor ni aje yang buat kami serik nak dapatkan rawatan di KLINIK ANIZA..
tapi, nak buat macamana.. dah sorang doktor tu aje yang ada..
sebab kami pergi klinik pukul 4 pagi.. -,-


Sayang sangat kat Ainul.. Semoga Cepat Sembuh..
sesiapa yang ada pengalaman baby cirit birit muntah muntah, boleh lah share.. 
why and how to solve it??

sekian


Perjalanan ke SPAD

Assalamualaikum..

Pernah pergi SPAD tak??
SPAD ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat..
Saya pergi bersama rakan sekerja.. panggil dia Yan=)
Kami pergi naik LRT je.. senang sikit,, malas nak meredah jam jalanraya.. haha...

Mula-mula, ingatkan susah nak cari, rupanya, dah banyak papan tanda dorang letak.,
sebab, SPAD ni baru pindah.. 

lepas je sampai KL Central, naik escalator untuk keluar ke Hilton Hotel.. 
lepas tu, belok kanan... akan jumpa banyak papan tanda arah SPAD.. haha.. 
so, ikut je lah..=)


alamak, bergegar pulak gambar ni... ni jejantas yang menghubungkan bangunan KL Central dan SPAD..

Teruja sangat bila tengok kipas besaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrr.. sorrylah gambar tak berapa nak cantik sebab ambik guna phone cikai ^,^

 nampak tak kipas tu.. besaaaaarrrrrrr.. pastu kat belah hujung tu ade orang tengah cuci tingkap..
CUCI CUCI SERVICES=)
cuba bandingkan kipas dengan orang-orang yang tengah cuci tu

jemput tengok video.. kipas ni berpusing.. tp, saya ambik senget lah


suasana macam kat dalam kebun.. dalam hutan... yang penuh dengan tumbuhan hijau..
angin sepoi-sepoi bahasa....
tapi, sebenarnya, dalam bangunan batu dan kaca di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur..
haha.. ayat tak bleh belah.. tp, itu adalah perasaan saya yang sebenar waktu berada di bangunan ni.. ngee=)

 ok.. lastly, sampai kat SPAD

 hoooray ^,^

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu… apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu… apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
...
" Cintai isterimu… apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

..." Cintai isterimu… apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu... apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

Why Maybank should give me tickets to Legoland

Assalamualaikum=)
hey all.. attention please!!!
 i have a good news.. good news.. good news!!!!
do you want it?? lets join the contest now!!
just click the picture above.. yippie ^,^

...........................

Why Maybank should give me tickets to Legoland Malaysia?? it is because

First of all, I am one of Maybank card holders!! I also use Maybank2u to make online transactions. I respect the security!! ^,^ Maybank is the best!!

Second, I am very excited about the LEGO design!! for the first time i am looking the building design by  LEGO is on my friend Facebook's album.. "Woaahhh!!" is my first impression (it was a pretty cool bebeh).. Sincerely, I'm as a Town Planner very exited to see the building design in real.. Maybank, please give me the free ticket..wink wink ^,^

i  Lets see the picture below.. 
"giantttt isss comingggg !!!! waaaaa!!!!" children imagination=)

"Woahh.. its look like very real"

eiman was inside the shark's mouth!!
^,^ cute huh ^,^

maybank should give me the Legoland tickets..
I really want to go there!!

psssttt.... this is my 1st entry in english!! sorry for the broken english.. ^,^

Prince William and Kate Middleton come to Malaysia!!=)

Assalamualaikum..=)

semalam, saya ada share status kat facebook, status yang berbunyi:

"Prince William & Kate Middleton were just in Singapore yesterday!
TOMORROW (14 Sept 2012) : They will be in KLCC and everyone is welcomed to go visit the cultural fair & get the opportunity of having a glimpse of Their Royal Highnesses! :) 
Got plans for tomorrow? :D ~ via Groupon Malaysia
i've got too much work and 'death' line.. :("

serius, memang banyak tugasan yang perlu dihantar harini...
asyik dok teringat-ingat sampai masuk dalam mimpi.. 
saya berjalan bersama Kate + Prince Willam=)

Pagi ni, ada kawan share gambar-gambar mereka..
u olls nak tengok?? 

Kate sangat cantik... Encik Suami, saya nak baju macam ni please=) wahaha... 
owh my god.. dalam mimpi je lah kan boleh pakai baju macam ni..
asalkan aku bahagia.. =)

santunnya.. segalanya A+ =)


kate sedang memerhati suaminya sign guessbook=)

cenderahati yang diberikan kepada Prince William =)


Cenderahati yang diberikan kepada Kate=) macam barang hantaran=) 

Jom tengok video Prince William dan Kate di Malaysia=)


Sumber: DailyMail

ada lagi gambar tau..
sumber: blog Dr Halina=) 
saya suka baca entry dalam blog dr halina.. all about her life=)
hehe.. 

okay, semua gambar ni sewaktu Prince and Princess menghadiri dinner di Istana malam tadi..
harini mereka melawat KLCC!!
nak pegi ke tak??

^,^

Meronda-ronda ke seluruh Negeri Sembilan

Assalamualaikum

Jalan-jalan sambil bekerja =)
Inilah yang syok bila berada dalam bidang perancangan bandar dan wilayah=)
ada yang tak tahu ke apa itu perancangan bandar dan wilayah??
perancangan bandar dan wilayah merupakan mereka yang bertanggungjawab merancang dan mengawalselia pembangunan di satu-satu kawasan.. nak perincian lagi?? inbox saya =)
bukan saya yang drive=)
Kami pergi ke negeri sembilan atas tanggungjawab membuat survey.. sambil survey, kita makan angin lah.. hehe... antara tempat yang kami pergi ialah;
1.Telok Kemang
2. Lukut
3. Batu 8, Labu
4. Mantin
5. Gemencheh
6. Senawang

gambar-gambar di bawah diambil di telok kemang=) gambar-gambar lain akan di update kemudian=)
 kami menginap di Bougainvillea Resort.. laut kat belakang resort..
lepas breakfast, terus pegi laut=) syoknyee

 sedang mencari port untuk mandi manda=)

 cantik kan=)

 waktu ni kami baru lepas diterbalikkan oleh Banana Boat=)
1st time naik.. 
best sangat=) disebabkan kami pelanggan pertama banana boat tu, kami dapat special price=)
bayar rm15, tp, dia bawak untuk harga rm20..

nilah dia wellness zone @ telok kemang.. ada banyak lagi gambar sebenarnya=)
hehe..

balik dari gemencheh, kami singgah di dusun durian berhampiran tol A Famosa golf,
beli durian yang sangat fresh!! =)
susah nak jumpa durian fresh mcm tu kat KL












"Jangan biarkan satu persatu warna pelangi menghilang"

Assalamualaikum..

"Jangan biarkan satu persatu warna pelangi menghilang"~ umizue, 2012

dah nama pun pelangi.. sudah pasti warnanya akan hilang setelah beberapa detik waktu memunculkan dirinya.. Oleh itu, hargai dan nikmatilah kehadiran pelangi yang sangat cantik dengan memori-memori terindah.. 

Jika anda mempunyai pasangan, hargailah pasangan anda.. sayangilah mereka sepenuh hati=)
Jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh mengguriskan hati mereka..
Bila sekali terguris, masih boleh dimaafkan..
Bila sering terguris, dan peluang sering diberikan..
Akhirnya, warna-warna cinta dalam hati akan terpadam sedikit demi sedikit..
Fikir-fikirkanlah

Sabarlah, Ada hikmah disebaliknya=)


ni gambar yang diambil semasa kami bercuti di langkawi=)
baru-baru kahwin.. romantis terlebih.. haha
hehe

Merisik Bakal Adik Ipar Online

Assalamualaikum wbt
Hye korang semua..
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Seronok tak raya tahun ni??hehe..

okay, lets go to the topic!
^,^
Merisik Bakal Adik Ipar Online.. haha.. korang pernah buat tak??
atau korang pernah kene??

Memandangkan teknologi internet semakin lam semakin canggih, segala urusan boleh dijalankan menerusi internet=) mudah kan?? Saya dan emak cuba merisik-risik bakal adik ipar menerusi facebook beliau..
Mak: wah wah, banyak betul gambar diorang ni kat fb rupenya.
Saya: Cantik jugak kan dia mak=)
Mak: A'ah, pakai tudung ok lah.. jangan x pakai.. 
Saya: Mak, dia orang .... lah
Mak: oOO, ni Mak ayah dia..
Saya n Mak menggodek seluruh fb dia.. kira stalker lah kami harini.. haha..

Korang, kalau ade fb tu, letak gambar molek2 ye..
kalau letak gambar gedik ke, seksi ke,
secara tak langsung akan di reject=) haha
so, behave yourself in social networking!!=)

Anda sedang diperhatikan..
jeng jeng jeng..
ok lah..

Selamat mencuba!

up