Assalamualaikum
Alhamdulillah
masih dapat meneruskan puasa..
harini dah hari ke sepuluh..
Cepat jee masa berlalu..
Harini terlebih rajin sebab bangun awal.. hee..
Tengok ada pisang yang dah masak ranum.. hehe
Boleh la buat kek pisang..
Bahan-bahan ni aku dah olah mengikut apa yang ada dalam stok bahan-bahan kek mak aku.. hehe..
2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu kecil Baking Powder
Telur 5 Biji Gred B (Resipe asal menggunakan 4 biji telur gred A)
Gula Icing 1/2 Cawan (Resipe asal menggunakan Gula 3/4 Cawan, Tanpa Gula Perang)
Gula Perang 1/4 Cawan
Minyak Masak 3/4 Cawan
Pisang Lenyek 1 1/2 Cawan
Chocolate Chips (Ikut suka)
(Resipe Asal meletakkan 1 sudu kecil Ovalette)
oppss, sila abaikan poster dr dzulkefly ahmad.. hehe..
atas meja makan mak aku ada macam-macam nasihat, doa, motivasi, poster.. haha
Cara-cara membuat kek pisang:
- Ayak Tepung Gandum + Soda Bikarbonat + Baking Powder (Ketepikan dahulu)
- Dalam bekas lain, Putar Telur sehingga kembang menggunakan mixer.. Tambah Gula.. Putar lagi.. Pastikan betul-betul kembang
- Kemudian, campurkan pisang lenyek dan putar sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil putarkan mixer
- Sapukan loyang dengan mentega, tuangkan separuh aduan ke dalam loyang.. taburkan chocolate chips.. tuangkan adunan selebihnya dan taburkan lagi chocolate chips..
- Kukus kek dalam api sederhana besar dalam masa 40minit
psstt: kalau nak tau, rumah mak aku tak ada mixer, whisker pon tak ade.. korang nak tahu aku guna apa?? guna blender je.. haha..
hasil akhir..
nyummmm
nak makan, kene tunggu waktu berbuka..
hehe..
ni aku potong untuk ainul.. hihi..
berselera benaw dia makan kek pisang chocolate chips yang ibu dia buat..
oh ya, credit to resipe asal dia dari blog sinar kehidupan
Sekian, Selamat Mencuba!!!
ni aku potong untuk ainul.. hihi..
berselera benaw dia makan kek pisang chocolate chips yang ibu dia buat..
oh ya, credit to resipe asal dia dari blog sinar kehidupan
Sekian, Selamat Mencuba!!!
2 chit chat:
waaaaa nampak sedap. hantar kemari sikit :p
sedap sedap.. sgt gebu.. :)
Post a Comment